Selamat Bercuti
Macamana?
Berbakat juga guru-guru di SKKB2. Ada juga bakat yang baru menonjol pada malam jamuan itu. Jangan malu jangan segan, kita raikan kita bersama. Siapa lagi nak meraikan kita kalau bukan kita. Kalau bukan sekarang bila. Syabas dan tahniah. Kalau ada rezeki tahun 2009 buat lagi. Pastinya banyak lagi yang hendak di kongsi bersama.
JAMUAN AKHIR TAHUN
Jamuan akhir tahun SKKB2 telah berlangsung pada 11.11.2008 di Dynasty Hotel Miri. Satu majlis yang cukup ceria. Rata-rata guru bergembira di majlis tersebut. Majlis yang bertujuan meraikan kehebatan guru di SKKB2 di samping mengucapkan selamat jalan kepada guru-guru yang berpindah. Nama Azlina, Rohaida, Norizan dan Suzy akan terpahat di SKKB2 sebagai pegawai yang pernah bertugas di SKKB2.
Perhimpuanan Terakhir '08
Hari ini merupakan minggu terakhir bagi sesi persekolahan 2008. Banyak maklumat yang disampaikan oleh penolong kanan. Antara perkara yang penting ialah menjaga kebersihan. Penyakit tangan kaki dan mulut masih menular disekitar Miri. Kebersihan perlu dijaga. Di samping itu disiplin murid perlu dijaga setiap masa. Utamakan keselamatan khususnya murid yang mengikuti aktiviti luar bilik darjah. Juga diingatkan majlis penyampaian hadiah ke 5 akan diadakan pada 13.11.2008. Semua penerima anugerah diwajibkan hadir.
Persembahan di Mega
Bagi mereka yang tiada peluang untuk melihat persembahan mereka pada malam pengakap itu, bolehlah melihat sedikit suntingan yang boleh dikongsi bersama. Suatu persembahan mempersona. Syabas dan tahniah.
Sambutan Kemerdekaan
Kemuncak sambutan hari kemerdekaan di SKKB2. Sungguh meriah. Rata-rata murid dan guru bersemangat menyanyikan lagu tanggal 31 ogos di sampng mengibarkan jalur gemilang. Semogga semangat sambutan ini sama seperti semangat begelora murid untuk terus belajar.
Persembahan Murid
Jamuan Pengakap di Mega
Majlis Makan Malam Penghargaan Dan Kutipan Dana Majlis Pengakap Daerah Piasau di adakan di Mega Hotel pada 8.11.2008 yang di rasmikan oleh Dr Lee Kim Shin. Persembahan yang dibuat oleh pasukan sekolah seolah-olah penari profesional. Tahniah tenaga pengajarnya. Ramai juga guru yg datang pada malam tersebut bagi menjayakan aktiviti tersebut. SKKB2 mendapat tempat ke 2, kategori pengakap yang aktif di Miri. Syabas guru pengakap. Ok tepuk tepuk pengakap ta ta ta ta ta tatatata
Majlis Makan Malam Pengakap
Muzik d SKKB2
Kemunculan Guru Muzik yang baru ini sungguh besar maknanya bagi masyarakat di SKKB2. Ia banyak menyumbang dan menaikkan nama sekolah di mata dunia. Kini kebolehan SKKB2 terkenal dalam boria dan tarian. Skkb2 bukan sahaja berjaya di peringkat bahagian Miri, malah sampai ke peringkat negeri. Walaupun tidak sampai ke peringkat kebangsaan namun ucapan tahniah perlu diberikan. Teruskan usaha.
kenangan lama 6A'08
Inilah detik manis mereka semasa di SKKB2. Semuanya ini menjadi ingatan kekela abadi. Gambar semasa mereka dalam kelas 3A'05. Pejam celik tanpa disedari mereka sudah membesar. Ada yang mempunyai ketinggian mengalahkan tinggi cikgu di SKKB2. Pasan saya kepada semua guru ambillah gambar sebagai simpanan di hari mendatang.
Semoga berjaya semua calon UPSR 08
SK KUALA BARAM 2 DI WEB
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pentadbir SKKB2
| Guru Besar | PK 1 | PK HEM | PK KK |
2004 | Nawi Suhaili | Dyg Haslin | Dyg Norasmah | |
2005 | Nawi Suhalili | Dyg Haslin | Dyg Norasmah | |
2006 | Nawi Suhaili | Dyg Haslin | Dyg Norasmah | |
2007 | Sabtu Hj Matali | Dyg Haslin | Jamali Len | |
2008 | Sabtu Hj Matali | Jamali Marta | Azlina Jamali | Narawi Masnah |
Followers
About Me
- SKKuala Baram 2, MIRI SARAWAK
- 25 km dari PPGM, Boleh dilawati melalui jalan raya berturap. Bilangan murid +-800 orang dan bilangan guru +-40 orang