Sasaran Sekolah SKKB2 Miri
Marilah kita semua bersama-sama berganding bahu, agar hasrat dan impian ini akan tercapai. Kerahan tenaga dan lipat ganda usaha dituntut supaya perancangan ini berjaya dicapai. Yakin dan percaya belum cukup meyakinkan kita semua. Jommm kita buat sesuatu agar keputusan diluar jangkaan muncul.
SKKBII dalam kenangan.
Sedikit sebanyak gambar sebagai sisipan sempena majlis hari guru 2011. Syabas dan tahniah buat semua. Semangat sebegini perlu dipupuk dan diteruskan demi kesejahteraan warga SKKB2.
Perpisahan Guru Pelatih IPG Miri
Hari ini 15 April 2011, berakhirlah sudah tempoh latihan guru pelatih di Skkb2. Besarlah harapan agar mereka ini dapat mengutip ilmu di sini selama tempoh latihan. Terlalu banyak sumbangan mereka dalam mewarnai Skkb2. Ingin dihati agar tempoh masa mereka dipanjangkan disini, tapi apakan daya keperluan semasa menuntut mereka balik semula ke IPG. Pun begitu kita berharap agar kilauan semangat dan sekelumit pengalaman di Skkb2 dapat mewarnai karya para guru. Pengalaman merupakan pengajaran yang bermakna. Menurut Dr Shukri, perkara berlalu biar berlalu dan tinggal kenangan. Namun apa yang dihadapan kita adalah suatu perkara yang kita boleh bentuk dan corak. Apa yang penting matlamat dan hala tuju perlu jelas. Terima kasih kepada anda sekalian.
JAMUAN KHAS UNTUK GURU PELATIH
Masa berlalu pantas. Bertemu pasti berpisah. Hari ini semua warga SKKB2 Miri merasakan akan kehilangan beberapa orang guru yang amat berwibawa. Walaupun bertindak sebagai guru pelatih namun raut wajah, gerak geri dan tindak tanduk seperti guru yang 10 tahun berpengalaman. Besarlah harapan agar semua yang diraikan berasa gembira dan bawalah semua pengalaman yang baik ke sekolah baru.
CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN
9 April 2011, (ILP Miri): Satu Program Motivasi Kecemerlangan Untuk Pelajar Tahun 6- Tingkatan 5, ibubapa dan guru telah diadakan di Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Miri. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahgia Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan sarawak. Ucapan alu-aluan di sampaikan oleh En Shebli Bin Hairani selaku Pengurus Besar Lembaga Pelabuuhan Miri. Cerama motivasi disampaikan oleh penceramah yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Shukri. Kehebatan isi dan penyampaian terselah apabila beliau berjaya menyampaikan 3 tajuk utama iaitu Pengurusan masa untuk pelajar, Membina dan memupuk sikap Kemenangan dan 'study hard, study smart'. Dr Shukri sempat mengadakan sesi motivasi bersama ibubapa dan guru. Dari raut wajah ibubapa terpancar satu harapa baru untuk melihat kecemerlangan anak mereka.
LINUS 2011
Ke 3: Perbarisan MSSR 2011
Mesyuarat Agung PIBG SKKB2 Miri
Berani untuk memberi komen yang membina
Para pembaca blog ini, anda dinasihatkan agar menurunkan sedikit komen pada ruang yang disediakan. Kaedah dan cara saya tunjukkan seperti diatas boleh digunakan. Jangan risau maklumat anda sulit dan saya sendiri tidak mengetahui siap yang memberi komen seandainya anda men'klik' Anonymous. Syabas dan tahniah kerana anda sentiasa mengikuti perkembangan blog ini.
Zoom A- Pembelajaran interaktif
SKKB2 Miri VS SK Senadin
Syabas dan Tahniah.
6 Mac 2011: Bertempat di padang SK Senadin telah belangsung persaingan sihat. Perlawanan bola sepak yang mengeratkan hubungan dikalangan staf SKKB 2 sendiri mahupun hubungan dengan staf SK Senadin. Walaupun keputusan tidak memihak kepada pasukan kita namun semangat pemain khususnya GB baik. Kekalahan 1-0 merupakan satu persamaan dikalangan dua pasukan ini, kerana pada perlawanan pertama dulu (2010) SKKB2 telah menewaskan dengan jaringan 2-1. Pemain cemerlang dari pasukan kita perlu diberikan kepada penjaga gol Cikgu Zainuddin kerana berjaya menyelamatkan banyak percubaan dari pihak lawan. Begitu juga dengan yang lain tidak kurang hebatnya. Jumpa lagi di sekolah esok.
Membuat Garisan-Tapak perhimpunan
Kerajinan dan Kesungguhan
BILIK PEMULIHAN & BILIK MUZIK skkb2
Pengumuman
PENAFIAN
SK Kuala Baram II Miri tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
Pendapat yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan INDIVIDU semata-mata dan bukan pandangan SK Kuala Baram II.
Ini merupakan sebahagian daripada sumbangan ikhlas khidmat sosial. Terima Kasih kerana mengunjunginya.
SK Kuala Baram II Miri tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
Pendapat yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan INDIVIDU semata-mata dan bukan pandangan SK Kuala Baram II.
Ini merupakan sebahagian daripada sumbangan ikhlas khidmat sosial. Terima Kasih kerana mengunjunginya.
KECERIAAN GURU PELATIH IPGM CAWANGAN SARAWAK
Wajah wajah komited guru - guru pelatih. Wajah-wajah beginilah yang akan menyerikan lagi dunia pendidikan di Malaysia. Kreativiti dan kesungguhan mereka memang tidak dapat disangkalkan lagi. Ambil sebanyak ilmu yang baik selama berada di SKKB2. Yang buruk jangan dibuang, tapi jadikan ia sebagai pengajaran dan perbaiki kesilapan. Syabas dan tahniah kerana sudi datang ke SKKB2, walaupun jaraknya lebih 20 km.
ENROLMEN 4A-FEB 2011
Kepada semua guru kelas di SKKB2 Miri,
Besarlah harapan agar dapat memberikan maklumat seperti disebelah agar kita semua dapat mengetahui bilangan tekini murid di sekolah kita. Pihak pengurusan sekolah juga diharap dapat menjadikan blog ini sebagai altenatif sumber maklumat tambahan kita. Bersesuaian dengan dunia ICT masa kini. Maklumat di hujung jari katakan. Dimana saja kita berada maklumat mudah diperolehi.
IKLAN/ PENGUMUMAN
SELAMAT BERTUGAS
Salam sejahtera dan salam satu SKKB2 miri.
Rasanya hampir berbulan-bulan sudah saya tidak mengemaskini blog ini. Namun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana masih sudi melawat blog sekolah SKKB2 yg tidak rasmi ini. Apapun sempena bulan pertama pada sesi persekolahn 2011 ini, marilah kita merapatkan barisan dan meningkatkan usaha ke arah kemajuan SKKB2.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk bertindak setelah sekian lama kita merancang, melihat dan memerhati persekitaran di SKKB2. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang masih mampu bertahan di SKKB2. Namun selamat datang diucapkan kepada guru-guru baru. Sama sama kita membawa SKKB2 ke arah kecemerlangan seperti yang di harapkan. Yang terlah pindah ( En Muzamil, Pn Lily, Pn Sinra, Utz Norafifah ) terima kasih atas sumbangan selama ini.
Rasanya hampir berbulan-bulan sudah saya tidak mengemaskini blog ini. Namun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana masih sudi melawat blog sekolah SKKB2 yg tidak rasmi ini. Apapun sempena bulan pertama pada sesi persekolahn 2011 ini, marilah kita merapatkan barisan dan meningkatkan usaha ke arah kemajuan SKKB2.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk bertindak setelah sekian lama kita merancang, melihat dan memerhati persekitaran di SKKB2. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang masih mampu bertahan di SKKB2. Namun selamat datang diucapkan kepada guru-guru baru. Sama sama kita membawa SKKB2 ke arah kecemerlangan seperti yang di harapkan. Yang terlah pindah ( En Muzamil, Pn Lily, Pn Sinra, Utz Norafifah ) terima kasih atas sumbangan selama ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pentadbir SKKB2
| Guru Besar | PK 1 | PK HEM | PK KK |
2004 | Nawi Suhaili | Dyg Haslin | Dyg Norasmah | |
2005 | Nawi Suhalili | Dyg Haslin | Dyg Norasmah | |
2006 | Nawi Suhaili | Dyg Haslin | Dyg Norasmah | |
2007 | Sabtu Hj Matali | Dyg Haslin | Jamali Len | |
2008 | Sabtu Hj Matali | Jamali Marta | Azlina Jamali | Narawi Masnah |
Followers
About Me
- SKKuala Baram 2, MIRI SARAWAK
- 25 km dari PPGM, Boleh dilawati melalui jalan raya berturap. Bilangan murid +-800 orang dan bilangan guru +-40 orang