Ke 3: Perbarisan MSSR 2011



Wahhhh, berhasil juga setelah penat lelah melatih berkawad. Khususnya TEAM Kejohanan Olahraga tahun ini. Orang kuat kawad En Jack dan En Faizal, gandingan mantap. Syabas. Tempat ketiga dari 23 pasukan yang mengambil pertandingan barisan.

Mesyuarat Agung PIBG SKKB2 Miri



26 Mac 2011 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan teratur seperti apa yang dirancangkan. Terima kasih kepada AJK kerja yang menjayakan mesyuarat agung kali ini.

Berani untuk memberi komen yang membina



Para pembaca blog ini, anda dinasihatkan agar menurunkan sedikit komen pada ruang yang disediakan. Kaedah dan cara saya tunjukkan seperti diatas boleh digunakan. Jangan risau maklumat anda sulit dan saya sendiri tidak mengetahui siap yang memberi komen seandainya anda men'klik' Anonymous. Syabas dan tahniah kerana anda sentiasa mengikuti perkembangan blog ini.

Zoom A- Pembelajaran interaktif


BERITA BAIK, para guru budiman jangan lepaskan peluang. Layarilah web ini. Saya yakin dan percaya ianya dapat banyak membantu guru. Tetapi seandainya para guru sudah pandai pada tahap dewa, maka web ini tidak sesuai untuk anda. Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan boleh dipertimbangkan.

SKKB2 Miri VS SK Senadin


Syabas dan Tahniah.
6 Mac 2011: Bertempat di padang SK Senadin telah belangsung persaingan sihat. Perlawanan bola sepak yang mengeratkan hubungan dikalangan staf SKKB 2 sendiri mahupun hubungan dengan staf SK Senadin. Walaupun keputusan tidak memihak kepada pasukan kita namun semangat pemain khususnya GB baik. Kekalahan 1-0 merupakan satu persamaan dikalangan dua pasukan ini, kerana pada perlawanan pertama dulu (2010) SKKB2 telah menewaskan dengan jaringan 2-1. Pemain cemerlang dari pasukan kita perlu diberikan kepada penjaga gol Cikgu Zainuddin kerana berjaya menyelamatkan banyak percubaan dari pihak lawan. Begitu juga dengan yang lain tidak kurang hebatnya. Jumpa lagi di sekolah esok.

Lokasi ku

Membuat Garisan-Tapak perhimpunan


Pada 4 Mac, maka terbuka lah hati cikgu Yusuf dan Cikgu Narawi ingin mengecat garisan. Ini memudahkan lagi murid berbaris selain kelihatan kemas dan tersusun nanti. Harap-harap selepas ini banyak lagi projek yang dibuat demi untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan pendidikan di SKKB2.

Kerajinan dan Kesungguhan


Wah... bukan saja hebat di dalam kelas, malah hebat juga di luar bilik darjah. Sebut saja apa aktiviti yang ingin dibuat, insyallah pasti boleh punyaaa. Syabas cikgu Zainudin & Cikgu Muhtar.

BILIK PEMULIHAN & BILIK MUZIK skkb2


Ini gambaran serba sedikit bilik muzik dan bilik pemulihan khas. Lihat bagaimana kreatifiti guru muzik mengikat tabir. Baju tersusun di almari itu adalah baju tarian pelajar. Susun atur kemas dan mudah diambil. Bilik lain macaman??? Tunggu.

Pengumuman

PENAFIAN
SK Kuala Baram II Miri tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

Pendapat yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan INDIVIDU semata-mata dan bukan pandangan SK Kuala Baram II.

Ini merupakan sebahagian daripada sumbangan ikhlas khidmat sosial. Terima Kasih kerana mengunjunginya.

Kereta Untuk di jual


Berminat???. Jual beli boleh berjumpa terus kepada tuan amnpunya kereta. Harga boleh ronding.

KECERIAAN GURU PELATIH IPGM CAWANGAN SARAWAK


Wajah wajah komited guru - guru pelatih. Wajah-wajah beginilah yang akan menyerikan lagi dunia pendidikan di Malaysia. Kreativiti dan kesungguhan mereka memang tidak dapat disangkalkan lagi. Ambil sebanyak ilmu yang baik selama berada di SKKB2. Yang buruk jangan dibuang, tapi jadikan ia sebagai pengajaran dan perbaiki kesilapan. Syabas dan tahniah kerana sudi datang ke SKKB2, walaupun jaraknya lebih 20 km.

ENROLMEN 4A-FEB 2011



Kepada semua guru kelas di SKKB2 Miri,
Besarlah harapan agar dapat memberikan maklumat seperti disebelah agar kita semua dapat mengetahui bilangan tekini murid di sekolah kita. Pihak pengurusan sekolah juga diharap dapat menjadikan blog ini sebagai altenatif sumber maklumat tambahan kita. Bersesuaian dengan dunia ICT masa kini. Maklumat di hujung jari katakan. Dimana saja kita berada maklumat mudah diperolehi.

SAAT TERAKHIR BERSAMA CALON UPSR 2009

Pentadbir SKKB2


Guru Besar

PK 1

PK HEM

PK KK

2004

Nawi Suhaili

Dyg Haslin

Dyg Norasmah

Jackson

2005

Nawi Suhalili

Dyg Haslin

Dyg Norasmah

Jackson

2006

Nawi Suhaili

Dyg Haslin

Dyg Norasmah

Jackson

2007

Sabtu Hj Matali

Dyg Haslin

Jamali Len

Jackson

2008

Sabtu Hj Matali

Jamali

Marta

Azlina

Jamali

Narawi

Masnah

Followers

About Me

My photo
25 km dari PPGM, Boleh dilawati melalui jalan raya berturap. Bilangan murid +-800 orang dan bilangan guru +-40 orang

SILA BERI CADANGAN PENAMBAH BAIKAN UNTUK SEMUA

Name:
Email Address:

Click here to create your own form.