Cek SBT

Bagi guru-guru yang mengajar SBT'08. Cek boleh diperolehi di Pejabat PPG Miri.

Selamat Bercuti


Sesi persekolahan 2008 sudah pun melabuhkan tirainya. Persoalannya adakah anda sudah mencapai impian anda di SKKB2. Kalu belum 2009 menanti anda. Segala cadangan dan sumbangan semua guru di harapkan agar SKKB2 cemerlang dan terbilang.

Macamana?








Berbakat juga guru-guru di SKKB2. Ada juga bakat yang baru menonjol pada malam jamuan itu. Jangan malu jangan segan, kita raikan kita bersama. Siapa lagi nak meraikan kita kalau bukan kita. Kalau bukan sekarang bila. Syabas dan tahniah. Kalau ada rezeki tahun 2009 buat lagi. Pastinya banyak lagi yang hendak di kongsi bersama.

JAMUAN AKHIR TAHUN









Jamuan akhir tahun SKKB2 telah berlangsung pada 11.11.2008 di Dynasty Hotel Miri. Satu majlis yang cukup ceria. Rata-rata guru bergembira di majlis tersebut. Majlis yang bertujuan meraikan kehebatan guru di SKKB2 di samping mengucapkan selamat jalan kepada guru-guru yang berpindah. Nama Azlina, Rohaida, Norizan dan Suzy akan terpahat di SKKB2 sebagai pegawai yang pernah bertugas di SKKB2.

Dalam Kenangan




Perhimpuanan Terakhir '08





Hari ini merupakan minggu terakhir bagi sesi persekolahan 2008. Banyak maklumat yang disampaikan oleh penolong kanan. Antara perkara yang penting ialah menjaga kebersihan. Penyakit tangan kaki dan mulut masih menular disekitar Miri. Kebersihan perlu dijaga. Di samping itu disiplin murid perlu dijaga setiap masa. Utamakan keselamatan khususnya murid yang mengikuti aktiviti luar bilik darjah. Juga diingatkan majlis penyampaian hadiah ke 5 akan diadakan pada 13.11.2008. Semua penerima anugerah diwajibkan hadir.

Persembahan di Mega

Bagi mereka yang tiada peluang untuk melihat persembahan mereka pada malam pengakap itu, bolehlah melihat sedikit suntingan yang boleh dikongsi bersama. Suatu persembahan mempersona. Syabas dan tahniah.

Sambutan Kemerdekaan

Kemuncak sambutan hari kemerdekaan di SKKB2. Sungguh meriah. Rata-rata murid dan guru bersemangat menyanyikan lagu tanggal 31 ogos di sampng mengibarkan jalur gemilang. Semogga semangat sambutan ini sama seperti semangat begelora murid untuk terus belajar.

Persembahan Murid


Murid membuat persembahan. Guru gementar di bawah pentas melihat boleh ka tidak murid mengingat setiap 'step' yang diajar selama ini.

Jamuan Pengakap di Mega




Majlis Makan Malam Penghargaan Dan Kutipan Dana Majlis Pengakap Daerah Piasau di adakan di Mega Hotel pada 8.11.2008 yang di rasmikan oleh Dr Lee Kim Shin. Persembahan yang dibuat oleh pasukan sekolah seolah-olah penari profesional. Tahniah tenaga pengajarnya. Ramai juga guru yg datang pada malam tersebut bagi menjayakan aktiviti tersebut. SKKB2 mendapat tempat ke 2, kategori pengakap yang aktif di Miri. Syabas guru pengakap. Ok tepuk tepuk pengakap ta ta ta ta ta tatatata

Majlis Makan Malam Pengakap




Suatu persembahan yang menghiburkan dari SKKB2. Kalau tak percaya lihatlah gambar yang sempat dirakamkan.

Muzik d SKKB2


Kemunculan Guru Muzik yang baru ini sungguh besar maknanya bagi masyarakat di SKKB2. Ia banyak menyumbang dan menaikkan nama sekolah di mata dunia. Kini kebolehan SKKB2 terkenal dalam boria dan tarian. Skkb2 bukan sahaja berjaya di peringkat bahagian Miri, malah sampai ke peringkat negeri. Walaupun tidak sampai ke peringkat kebangsaan namun ucapan tahniah perlu diberikan. Teruskan usaha.

Kelas 4A 2006



kenangan lama 6A'08





Inilah detik manis mereka semasa di SKKB2. Semuanya ini menjadi ingatan kekela abadi. Gambar semasa mereka dalam kelas 3A'05. Pejam celik tanpa disedari mereka sudah membesar. Ada yang mempunyai ketinggian mengalahkan tinggi cikgu di SKKB2. Pasan saya kepada semua guru ambillah gambar sebagai simpanan di hari mendatang.

Panorama SKKB2







Semoga berjaya semua calon UPSR 08

Tahun ini merupakan tahun yang ke 5 UPSR di SKKB2. Semoga kejayaan demi kejayaan akan terhasil daripada usaha gigih semua guru dan murid di SKKB2. Sama-sama kita saksikan dan analisi bersama keputusannya nanti.

SK KUALA BARAM 2 DI WEB


Inilah wajah wakil sekolah ke kejohanan olahraga MSSR Miri Bakong 2008. Syabas dan tahniah mereka yang terpilih. Bagi mereka yang masih belum berjaya, jangan kecewa teruskan usaha.

SAAT TERAKHIR BERSAMA CALON UPSR 2009

Pentadbir SKKB2


Guru Besar

PK 1

PK HEM

PK KK

2004

Nawi Suhaili

Dyg Haslin

Dyg Norasmah

Jackson

2005

Nawi Suhalili

Dyg Haslin

Dyg Norasmah

Jackson

2006

Nawi Suhaili

Dyg Haslin

Dyg Norasmah

Jackson

2007

Sabtu Hj Matali

Dyg Haslin

Jamali Len

Jackson

2008

Sabtu Hj Matali

Jamali

Marta

Azlina

Jamali

Narawi

Masnah

Followers

About Me

My photo
25 km dari PPGM, Boleh dilawati melalui jalan raya berturap. Bilangan murid +-800 orang dan bilangan guru +-40 orang

SILA BERI CADANGAN PENAMBAH BAIKAN UNTUK SEMUA

Name:
Email Address:

Click here to create your own form.