Perpisahan Guru Pelatih IPG Miri



Hari ini 15 April 2011, berakhirlah sudah tempoh latihan guru pelatih di Skkb2. Besarlah harapan agar mereka ini dapat mengutip ilmu di sini selama tempoh latihan. Terlalu banyak sumbangan mereka dalam mewarnai Skkb2. Ingin dihati agar tempoh masa mereka dipanjangkan disini, tapi apakan daya keperluan semasa menuntut mereka balik semula ke IPG. Pun begitu kita berharap agar kilauan semangat dan sekelumit pengalaman di Skkb2 dapat mewarnai karya para guru. Pengalaman merupakan pengajaran yang bermakna. Menurut Dr Shukri, perkara berlalu biar berlalu dan tinggal kenangan. Namun apa yang dihadapan kita adalah suatu perkara yang kita boleh bentuk dan corak. Apa yang penting matlamat dan hala tuju perlu jelas. Terima kasih kepada anda sekalian.

JAMUAN KHAS UNTUK GURU PELATIH



Masa berlalu pantas. Bertemu pasti berpisah. Hari ini semua warga SKKB2 Miri merasakan akan kehilangan beberapa orang guru yang amat berwibawa. Walaupun bertindak sebagai guru pelatih namun raut wajah, gerak geri dan tindak tanduk seperti guru yang 10 tahun berpengalaman. Besarlah harapan agar semua yang diraikan berasa gembira dan bawalah semua pengalaman yang baik ke sekolah baru.

Tuntunan 16 April 2011


Jangan lupa bawa bawa kad pengenalan

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN






9 April 2011, (ILP Miri): Satu Program Motivasi Kecemerlangan Untuk Pelajar Tahun 6- Tingkatan 5, ibubapa dan guru telah diadakan di Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Miri. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahgia Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan sarawak. Ucapan alu-aluan di sampaikan oleh En Shebli Bin Hairani selaku Pengurus Besar Lembaga Pelabuuhan Miri. Cerama motivasi disampaikan oleh penceramah yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Shukri. Kehebatan isi dan penyampaian terselah apabila beliau berjaya menyampaikan 3 tajuk utama iaitu Pengurusan masa untuk pelajar, Membina dan memupuk sikap Kemenangan dan 'study hard, study smart'. Dr Shukri sempat mengadakan sesi motivasi bersama ibubapa dan guru. Dari raut wajah ibubapa terpancar satu harapa baru untuk melihat kecemerlangan anak mereka.

LINUS 2011


Projek saringan 1 dan 4 telah bermula pada awal bulan Mac. Semua guru MT dan BM tahun 1 2011 terlibat secara langsung. Saringan 4 bagi murid tahun 2 turut serta dalam projek kali ini. Saringan 4 ini adalah khas untuk semua murid tahun dua kecuali mereka yang dikategorikan di arus perdana.

SAAT TERAKHIR BERSAMA CALON UPSR 2009

Pentadbir SKKB2


Guru Besar

PK 1

PK HEM

PK KK

2004

Nawi Suhaili

Dyg Haslin

Dyg Norasmah

Jackson

2005

Nawi Suhalili

Dyg Haslin

Dyg Norasmah

Jackson

2006

Nawi Suhaili

Dyg Haslin

Dyg Norasmah

Jackson

2007

Sabtu Hj Matali

Dyg Haslin

Jamali Len

Jackson

2008

Sabtu Hj Matali

Jamali

Marta

Azlina

Jamali

Narawi

Masnah

Followers

About Me

My photo
25 km dari PPGM, Boleh dilawati melalui jalan raya berturap. Bilangan murid +-800 orang dan bilangan guru +-40 orang

SILA BERI CADANGAN PENAMBAH BAIKAN UNTUK SEMUA

Name:
Email Address:

Click here to create your own form.